<body>
GUARD
Saturday, 28 September 2013 @9/28/2013 12:17:00 am



Aku hanya seorang jaga, Walaupun mulia dipandang hina, Aku bukan pengambil rahsuah, Aku bekerja menahan lelah. Dengan cuma menjaga peraturan, Bukan niat hendak menyusahkan, Tapi kenapa aku dipandang hina ?, Rezeki itukan pemberian yang Esa, Mengapa si kaya pandang ku jelek ?, Adakah kerana aku ni sengkek ?, Jika benar aku bodoh, Kenapa peraturan susah kau nak patuh ?, Kalau benar aku dayus, Sekarang siapa berlagak bagus ?, Aku ni miskin orangnya, Ayuhlah kita berdamai sahaja, Bukan aku cuba mengaibkan, Munkin ini balasan tuhan, Andai kita jaga aib orang, Tuhan tak kan biarkan kita telanjang, Aku hanyalah jaga, Masa ku hanyalah untuk bekerja, Supaya dapat suapkan keluarga, Walaupun ramai pandang ku hina, Yang peting hatiku sentiasa ikhlas, Terima rezeki tuhan tak terbalas.

Credit to Azman Nayan, pakcik guard terbaik tahun ini.


Get your own valid XHTML YouTube embed code
+ Follow
Hi, welcome to my blog ! Turn off your music, just listen to mine :)