<body>
BarBer
Sunday, 15 September 2013 @9/15/2013 05:46:00 pm



Pada kurung ke 19, ada sebuah kedai gunting rambut yang dimiliki oleh seorang lelaki di sekitar ibu kota. Setiap hari tokei kedai ini akan duduk di depan kedainya dan bertanya kepada orang yang lalu lalang, "Nak potong kepala ?". Kebanyakan yang terdengar hanya tersenyum . Sesiapa yang menjawab, "Taklah, saya nak potong rambut" akan terselamat.

Tetapi bagi mereka yang menjawab "Ya" dan menganggap si tukang gunting rambut tadi bergurau akan menerima nasib malang. 

Pada suatu hari, ada seorang pemuda telah detanya oleh tukang gunting tersebut dan menjawab "Ya" dari pertanyaan tersebut. Sesudah disiapkan di atas kerusi gunting rambut, dipakaikan kain alas untuk mengelakkan rambut jatuh ke atas baju. Si tukang gunting perlahan2 akan menyuntik Anesthesia secara rahsia, ubat ini akan menyebabkan mangsa menjadi kebas/lupuh dan tidak merasa sebarang kesakitan. Si tukang gunting akan perlahan2 menghiris bahagian atas kepala mangsa sehingga menampakkan otak.

Mangsa yang tidak boleh bergerak tidak merasa apa2. Tidak boleh menjerit dan hanya mampu melihat di cermin macam mana dirinya diseksa oleh tukang gunting yang kejam itu. Mangsa juga boleh mendengar dengan jelas bunyi hirisan pisau di kepalanya dan bunyi tukang gunting mengoyakkan lapisan kulit kepalanya, dengan perlahan2 ia kedengaran seperti mengoyak kain.






Sehinggalah sebahagian daripada tengkorak sudah dipotong dan menampakkan otak, barulah kesan Anesthesia tadi beransur2 hilang. Dan kesakitan akan mula terasa. pada saat itu tukang gunting rambut akan merentap otak mangsa dengan kuat dan mangsa akan mati dalam kesakitan yang amat sangat. Keesokan harinya, tukang gunting rambut tadi di berkas oleh polis kerana tembelang jahatnya telah dibongkar oleh orang ramai. Sebelum hukuman gantung sampai mati hendak dijalankan ke atas tukang gunting tersebut, dia memberitahu bahawa sesiapa yang mendapat tahu akan cerita perbuatan jahatnya itu akan menjadi mangsa seterusnya dan akan menghantuinya sehingga mati. Selepas kematian tauke tersebut, satu persatu penduduk di ibu kota tersebut hilang. Orang kata ianya berpunca dari roh jahat tauke tersebut.

Cerita tersebut akhirnya dilupai oleh penduduk di sana dan harini cerita itu kembali menghantui orang yang membaca, atau pun mendengar cerita tentang Tukang gunting rambut itu. 

Jangan baca cerita ni, kalau dah baca tunggu lah malam nanti. Roh jahat tauke Gunting rambut akan datang mencari anda. Haha :D



Get your own valid XHTML YouTube embed code
+ Follow
Hi, welcome to my blog ! Turn off your music, just listen to mine :)