<body>
TRUE LOVE
Sunday, 17 November 2013 @11/17/2013 12:50:00 pm



Pada satu masa dahulu. Ada sepasang pasangan yang telah lama bersama.  Pada suatu hari, si lelaki bertanya kepada si perempuan, "Adakah awak cintakan saya ?" Wanita itu menjawab, "Ya". "Jika betul awak cintakan saya, awak mesti 'tidur' bersama saya". "Baiklah," Wanita itu membalas dengan gembira. Selepas itu mereka pergi ke dalam hutan. Lelaki itu memparkir keretanya di sebalik pokok yang rimbun.
   
    Sesudah mematikan enjin kereta, si lelaki meminta untuk pergi membuang air dan dan si lelaki menyuruh wanita itu menunggunya di kereta untuk keselamatan. Selepas 20 minit, wanita tadi mula risau. Dia turun dari kereta untuk mencari lelaki tadi. Tiba-tiba, ada satu bayang2 di sebalik pokok, wanita tadi tanpa memikir panjang terus kembali kekereta, dan cuba memandu, tetapi keretanya hanya bergerak beberapa meter sahaja dan berhenti. Tiba2 dia terdengar bunyi suara tersangkut2 erkk.. erkk. Bunyi tadi membuatkan si wanita membuat keputusan untuk beredar meniggalkan si lelaki tadi. Dia menekan minyak dengan sekuat2nya, tetapi kereta tersebut tidak berganjak sedikit pun kerana seseorang telah mengikat tali dari bumper kereta ke arah sebatang pokok. 

    Di cuba berkali2 tetapi tidak berganjak dan pada masa yang sama dia terdengar suara jeritan yang kuat. Dia keluar dari kereta dan ternampak tubuh dan leher lelaki tadi tergantung pada tali tersebut. Sambil menjerit dia menangis. Tiba2 sepucuk surat terjatuh dari poket lelaki tadi.  "Sayang, kalau awak betul2 sayangkan saya, awak tak akan terima ajakkan saya untuk tidur bersama saya. Yang kedua, kalau awak benar2 cintakan saya, awak tak kan tinggalkan saya kt sini, Kalau awak tak tinggalkan saya disini, awak tak kan cuba pandu kereta balik dan saya tak kan dijerut pada tali ini :'), Eki"




Get your own valid XHTML YouTube embed code
+ Follow
Hi, welcome to my blog ! Turn off your music, just listen to mine :)