<body>
ALAHAI
Friday, 7 March 2014 @3/07/2014 04:37:00 am



Assalamualaikum, harini aku post cerita pasal Seorang Suami Methali. Kalau rasa malas nak baca atau serabut nak berfikir better tak payah baca. Haha. Kk

30 Haribulan, suami dapat gaji RM3,000 terus buat internet banking bayar bil air RM30, duit sewa rumah RM700, duit kereta RM700, bil telephone suami isteri RM200, bil elektrik RM170, ansuran motor RM150 dan yuran tuisyen anak RM150, dan tukar duit RM150 ke seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak-anak untuk sebulan. Lalu berbekalkan duit baki RM750 pergi jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut isteri dengan satu soalan, "Harini abang dapat gajikan ? Jom pergi beli barang dapur, kt rumah dah banyak habis sambil bawak bebudak makan luar malam ni, I tak larat lah nak masak harini :). Diorang pun esok cuti." Si suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.



Sampai di rumah disambut pula dengan anak yang bongsu, "Ayah cikgu adik cakap hari isnin cikgu nak RM20 untuk beli baju sukan baru".  Isteri spontan menyampuk, "Mintak kat ayah, ayah baru dapat gaji". Sambil anak yang sulung pula mencelah, "Ayah kakak pun nak duit RM30 hari isnin nak beli buku rujukan exam dah dekat ni." Si suami terus mengeluarkan RM50 untuk anak bongsu dan anak sulong. 

Kemudian selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barand dapur dan sebelum itu si suami singgah isi minyak kereta RM50 langsung ke kedai makan dan makan lah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50. Dan langsung barang dapur berjumlah RM250 untuk barang kering dan RM50 untuk barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut kerumah dan gaji yang baru diperoleh tinggal RM300 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil2 mengenangkan baki duit yang tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja digunakan.

Keesokannya, si isteri menyuruh suaminya membelikan roti kosong untuk sarapan pagi. Si Suami pun pergilah kekedai mamak dengan bermodalkan RM5 dan RM1.50 untuk surat khabar. Manakala menjelang petang si isteri dan anak-anak mengajak si suami jalan-jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu . Si suami ikutkan saja dalam keadaan dilemma menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30. Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga RM15 mintak dibelikan. Si ayah keluarkan duit bayar. Kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak-kanak pula ternampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15 sehelai. Isteri pun selamba kata, "Abang baju tidur anak2 ni pun dah lusuh, belikan lah dorang yang baru ni, murah RM15 je sehelai." Si ayah keluarkan duit RM30 lagi untuk baju tidur anak2 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik pulang kerumah. Tetapi dalam perjalanan pulang, anak2 merengek dahaga dan lapar. Dimintanya untuk singgah kekedai untuk makan malam. Si ayah kesiankan rengekan anaknya. Singgahlah mereka di kedai tomyam dan makan, bil RM30 lagi. 

Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48jam dapat gaji RM188.50. Esok hari ahad, Isteri suruh pergi kedai pagi pagi untuk beli santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi, bermodalkan lagi RM7 dan RM1.50 untuk surat khabar. Tinggallah duit gaji genap RM180.
Malamnye pula bagi pada isteri RM150 untuk belanja makan dia dekat pejab atas dasar nafkah kepada isteri tercinta. 

Maka bermulalah pagi isni si suami dengan berbekal modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM30 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang sama ada sampai atau tidak. 

Selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan tidak ada modal. Lalu isteri menjawab dengan sinis, "Kalau ajak balik kampung saya jer tak ada duit, ajak balik kampung je tak ada duit, mana pergi gaji abang selama ni, takkan lah seminggu gaji dah tak berduit, abang ada pompuan lain ke ?" Terpinga-pinga si suami nak menjawab, kalau jawab mahu berperang dibuatnya. Nak di ceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik, kata kita mengunkit hanya disebabkan belanjakan tudung RM15. Alahai isteriku sayangggg.

Begitulah reality kehidupan seorang suami yang penyabar dan tabah demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah dalam menjalani bibit-bibit kehidupan yang serba tidak sempurna ini. 


Get your own valid XHTML YouTube embed code
+ Follow
Hi, welcome to my blog ! Turn off your music, just listen to mine :)